Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1 maut, 16 penumpang lori dibawa ke hospital selepas kemalangan PIE

Seorang penumpang lori meninggal dunia dan lagi 16 penumpang dibawa ke hospital selepas satu kemalangan pada Selasa (20 Apr) pagi.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Apr 2021 01:52PM Dikemas Kini : 20 Apr 2021 09:35PM

SINGAPURA: Seorang penumpang lori meninggal dunia dan lagi 16 penumpang dibawa ke hospital selepas satu kemalangan pada Selasa (20 Apr) pagi.

Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada sekitar pukul 6.00 pagi.

Lori itu melanggar sebuah trak yang tidak bergerak di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) menghala ke Lapangan Terbang Changi di susur keluar Jalan Bahar, menurut polis.

Seramai 17 penumpang lori - dua daripada mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri - dibawa ke hospital. Seorang penumpang berusia 33 tahun kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Pemandu lori berusia 36 tahun itu diberkas kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian, menurut polis.

Seorang pembaca Mediacorp Thomas Oh, yang berada di tempat kejadian, berkata beliau melihat beberapa pekerja duduk di bahu jalan raya dan sesetengahnya di dalam lori, menantikan bantuan.

Sesetengah daripada mereka yang cedera kelihatan berdarah dan mengalami kecederaan di kepala. Ada yang "menjerit dalam kesakitan", menurutnya.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan