1 maut, 1 lagi anak kapal masih hilang setelah bot tunda karam di perairan SG
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Usaha sedang dijalankan untuk mencari seorang anak kapal yang hilang setelah sebuah bot tunda karam di perairan Singapura.
Demikian menurut Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada Rabu (4 Sep).
Menurut MPA, bot tunda bernama OSHIO itu, karam di Eastern Anchorage, iaitu dalam kawasan batas pelabuhan Singapura, sekitar pukul 2.15 petang.
Dua anak kapal dilaporkan berada di atas bot tersebut sewaktu kejadian.
Polis Pengawal Pantai (PCG) menyelamatkan seorang anak kapal berusia 39 tahun dan dia dikejarkan ke hospital, di mana dia meninggal dunia.
Menurut MPA, pihaknya sedang bekerjasama dalam operasi mencari dan menyelamat dengan PCG serta Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) untuk mencari seorang lagi anak kapal.
"MPA sudah memanggil para penyelam penyelamat untuk mengesahkan lokasi bot tunda yang karam bagi operasi menyelamat dan sedang mengeluarkan makluman navigasi kepada kapal-kapal supaya mengelak kawasan tersebut," menurut MPA.
Tiada pencemaran minyak dilaporkan, tambah MPA.

Sumber : CNA/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.