Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1 lagi pekerja Lapangan Terbang Changi positif Omicron berdasarkan ujian awal

Kakitangan itu dikesan dijangkiti varian Omicron berdasarkan ujian awal dan adalah kontak rapat rakan sekerjanya yang disahkan positif sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:
1 lagi pekerja Lapangan Terbang Changi positif Omicron berdasarkan ujian awal

Dewan persinggahan Lapangan Terbang Changi di Singapura pada 3 September 2021. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Seorang penolong tugas pemunggahan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi diuji positif awal varian Omicron, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (16 Dis).

Jangkitan tempatan itu, yang dikenali sebagai Kes 276615, sudah divaksin sepenuhnya dan mengalami gejala ringan. Lelaki berusia 42 tahun itu tidak berurusan dengan penumpang dalam tugasnya sebagai penolong pemunggahan, jelas kementerian itu.

Dia demam pada 8 Disember dan mendapatkan rawatan perubatan di klinik di mana dia turut diuji untuk COVID-19. Hasil ujiannya disahkan positif COVID-19 pada keesokan hari dan dia diarahkan menjalani pemulihan di rumah.

"Memandangkan dia dikenal pasti sebagai kontak rapat Kes 279330, sampelnya diuji untuk varian Omicron pada 16 Disember dan hasil ujian awal adalah positif," menurut MOH.

Kes 279330 adalah seorang lelaki berusia 54 tahun yang bekerja sebagai penolong pemunggahan kabin di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi. Dia dilaporkan positif Omicron berdasarkan ujian awal pada Rabu.

"Makmal Kesihatan Awam Nasional sedang menjalankan penjujukan genom lengkap untuk mengesahkan varian dan pengesanan kontak juga sedang dijalankan," menurut MOH mengenai kes baru pada Khamis.

Kes 276615 kini sedang pulih di wad pengasingan di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), tambah MOH.

Semua kontak rapat suspek kes Omicron akan dikenakan kuarantin 10 hari di kemudahan khusus dan menjalani ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) pada permulaan dan akhir tempoh kuarantin mereka, menurut kementerian itu lagi.

Para individu yang dikenal pasti pernah mengunjungi tempat-tempat di mana kes-kes jangkitan berada, dan berpotensi berinteraksi dengan mereka, akan diberikan amaran risiko kesihatan selama tujuh hari.

“Setakat ini, 24 kes Omicron yang disahkan sudah dikesan di Singapura, dengan 21 kes import dan tiga kes tempatan,” menurut MOH.

"Disebabkan oleh kebolehjangkitannya yang tinggi dan sudah menular ke banyak bahagian merata dunia, kita seharusnya menjangkakan untuk mengesan lebih banyak kes Omicron di sempadan kita dan juga dalam masyarakat kita.

"Penting untuk semua orang terus memainkan peranan masing-masing dan terus berwaspada untuk mengurangkan penularan COVID-19 dan tampil untuk mendapatkan vaksinasi atau dos penggalak apabila ditawarkan."

Singapura melaporkan 355 kes baru COVID-19 dan satu kematian setakat 12.00 tengah hari Khamis.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan