Skip to main content

Singapura

1 kakitangan dipecat, 2 siswa NUS dibuang sekolah susuli 11 aduan salah laku seksual

Seorang kakitangan dipecat dan dua mahasiswa dibuang sekolah daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) atas salah laku seksual pada separuh pertama tahun ini, menurut universiti itu pada Khamis (5 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
1 kakitangan dipecat, 2 siswa NUS dibuang sekolah susuli 11 aduan salah laku seksual
Diterbitkan : 05 Aug 2021 11:17PM Dikemas Kini : 05 Aug 2021 11:18PM

SINGAPURA: Seorang kakitangan dipecat dan dua mahasiswa dibuang sekolah daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) atas salah laku seksual pada separuh pertama tahun ini, menurut universiti itu pada Khamis (5 Ogos).

Dalam laporan keduanya mengenai salah laku seksual yang dikeluarkan pada Khamis, NUS menyatakan ia menerima 11 aduan antara Januari dengan Jun tahun ini. 10 daripada aduan salah laku seksual itu dibuat terhadap para mahasiswanya dan satu melibatkan seorang kakitangan, menurut NUS.

Sepanjang tempoh yang sama tahun lalu, NUS menerima lima aduan salah laku seksual membabitkan beberapa mahasiswa dan empat terhadap kakitangannya.

"Meskipun kami menyaksikan kemerosotan pada bilangan kes salah laku seksual membabitkan para kakitangan... Kami melihat lebih ramai individu tampil untuk membuat aduan terhadap para pelaku," menurut laporan itu.

"Kami percaya ini menunjukkan bahawa pendekatan kami yang lebih telus berhasil meningkatkan tahap kepercayaan terhadap NUS, dengan setiap aduan dipandang serius, disiasat dengan teliti mengikut proses yang sewajarnya, dan tindakan tatatertib yang sesuai dikenakan terhadap setiap pelanggaran yang terbukti."

Pada Khamis, NUS juga mengukuhkan lagi dasar-dasar berkaitan salah laku seksual dalam satu dasar mengenai Perlindungan Kakitangan dan Mahasiswa daripada Salah Laku Seksual, menurut NUS dalam laporannya itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita