Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1 juta keluarga tebus baucar CDC pada bulan pertama dilancar

Lebih sejuta keluarga rakyat Singapura sudah menebus baucar CDC bernilai S$100 dalam tempoh bulan pertama sejak ia dilancarkan.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jan 2022 08:51PM Dikemas Kini : 09 Jan 2022 09:02PM

SINGAPURA: Lebih sejuta keluarga rakyat Singapura sudah menebus baucar CDC bernilai S$100 dalam tempoh bulan pertama sejak ia dilancarkan.

Ini bermakna sekitar 70 peratus keluarga sudah mendapatkan baucar tersebut dan sejauh ini, lebih S$28 juta telahpun dibelanjakan.

Menjelang musim perayaan pula, satu peta interaktif kini disertakan di laman 'CDC Vouchers Merchants Go Where' bagi meningkatkan pengalaman para pengguna.

Peta baru tersebut menunjukkan lokasi lebih 12,500 penjaja dan pegerai di merata Singapura yang menyertai skim tersebut.

Peta itu mendapatkan data daripada peta OneMap terbitan Penguasa Tanah Singapura (SLA). Ia merupakan tambahan pada fungsi carian sedia ada yang menggunakan poskod dan nama jalan raya.

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan