Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1% jemaah haji S'pura di Saudi positif COVID-19, namun tetap boleh sempurnakan rukun kelima

Anggaran Waktu Membaca:
MINA: Dianggarkan sekitar 1 peratus jemaah haji Singapura di Arab Saudi kini terkena COVID-19.

Demikian dedah Presiden Ejen-ejen Pelancongan Islam Singapura (AMTAS) secara eksklusif kepada BERITAmediacorp.

Namun demikian, Ustaz TM Fouzy menjelaskan para pesakit yang terjejas dengan COVID-19 masih akan dibawa ke padang Arafah menggunakan ambulans atau bas khas.

Ini bermakna mereka tetap akan dapat menyempurnakan haji masing-masing.

MUIS dan ejen-ejen haji Singapura sedang giat bersiap sedia untuk menangani kes-kes positif COVID-19 menjelang bermulanya ibadah haji tahun ini.

Ia termasuk menyediakan bilik-bilik pengasingan bagi para pesakit COVID-19 di Shisha.

Di kawasan Shisha dekat dengan kompleks melontar jamrah di Mina,

Para jemaah haji Singapura tahun ini menginap di kawasan Shisha dekat dengan kompleks melontar jamrah di Mina sebelum bermulanya ibadah haji pada Khamis (7 Jul).

Para jemaah menjalani program intensif mengulang kaji manasik haji dan persiapan fizikal menjelang hari wukuf pada Jumaat.

"Pengisian ulang kaji manasik kerana kebanyakan mereka tidak sempat untuk belajar tentang manasik haji kerana dipanggil oleh MUIS di saat2 akhir," kata Cik Faizah dari Jalaluddin Travel & Services.

Selain persiapan rohani, para jemaah juga dijaga lebih rapi kali ini kerana pandemik COVID-19 belum lagi berakhir.
(Gambar: Azlan Asri)
"Kita kena ada bilik tambahan sebagai persiapan kalau berlakunya jemaah yang terkena COVID dan memang berlaku pun, kerana kita tahu ada beberapa jemaah yg ada simptom, kita letakkan di bilik pengasingan tersendiri, tidak campur dengan jemaah lain," kata UstazTM Fouzy.

"Kita beri makan minum kepada mereka supaya mereka terkawal dan virus itu tidak merebak kepada jemaah yang lain. Ini satu perkara yang baru dalam pentadbiran kami dalam urusan jemaah haji," tambah beliau.

Menurut Ustaz Tm Fouzy lagi, dianggarkan kurang 1 peratus jemaah haji Singapura yang sudah berada di Saudi, dilaporkan positif COVID-19.

"Sekiranya jemaah kena COVID menjelang wukuf, kalau mereka masuk hosiptal, pihak hospital akan bawa mereka semua secara berkumpulan dalam bas ataupun dalam ambulans untuk bawa pergi Arafah. Seketika di Arafah selepas Zohor dan kemudian balik ke hospital kerana wukuf Arafah itu merupakan kemuncak haji. Kalau tidak ada wukuf, tiadalah haji tetapi kalau dapat wukuf kemudian sihat, dia buat tawaf dan sai," jelas Ustaz TM Fouzy.

"Jadi itulah yang kita harapkan juga walaupun jemaah itu yang terkena dengan COVID, mudah-mudahan hajat mereka untuk kerjakan haji tetap akan tercapai insya Allah," ujarnya lanjut.

Tahun ini, jemaah haji dari luar dan dalam Saudi dihadkan kepada sekitar 1 juta kerana koronavirus itu.
Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan