Skip to main content

Singapura

1 individu dilapor hilang selepas 2 bot berlanggar dekat Pulau Hantu

Anggaran Waktu Membaca:
1 individu dilapor hilang selepas 2 bot berlanggar dekat Pulau Hantu

Gambar fail: Roslan Rahman/AFP

SINGAPURA: Operasi mencari sedang dijalankan untuk mencari seorang mangsa yang terjatuh daripada sebuah bot berikutan perlanggaran antara dua bot riadah dekat Pulau Hantu.

Demikian menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada Sabtu (2 Mac).

Perlanggaran berkenaan berlaku pada kira-kira 1.30 tengah hari Sabtu, nyata MPA dalam kenyataannya.

"Lima penumpang terjatuh ke dalam laut. Empat penumpang berjaya diselamatkan dan seorang lagi masih dilaporkan hilang," menurut penguasa itu.

MPA telah mengerahkan bot rondaan ke kawasan tersebut dan sedang menyelaraskan usaha mencari dengan aset-aset daripada Polis Pengawal Pantai dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

MPA juga telah memaklumkan kapal-kapal di sekitar kawasan itu untuk meminta bantuan mereka terus mencari mana-mana mangsa yang ditemui di laut.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita