Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1 individu dibawa ke SGH kerana kelecuran selepas gerai pusat penjaja Marsiling terbakar

Anggaran Waktu Membaca:
1 individu dibawa ke SGH kerana kelecuran selepas gerai pusat penjaja Marsiling terbakar

Gambar: 12love304/TikTok & Hong Choon Lim/Facebook

SINGAPURA: Seorang individu mengalami kelecuran dan dikejarkan ke hospital menyusuli kebakaran yang berlaku di gerai Pusat Penjaja dan Pasar Marsiling Lane pada pagi Khamis (11 Mei).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran di Blok 20 Marsiling Lane itu pada pukul 8.20 pagi.

Kira-kira 40 orang bergegas keluar dari pusat penjaja berkenaan sebelum SCDF tiba di tempat kejadian.

SCDF bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut tentang individu yang dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada kawasan dapur salah sebuah gerai penjaja yang terjejas oleh kebakaran itu.

Kebakaran melibatkan bahan-bahan saluran ekzos dapur, tambah SCDF.

Pasukan SCDF menggunakan jet air untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Rakaman video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok “12love304” menunjukkan api marak melalui saluran dapur di atas gerai penjaja, dengan orang ramai memerhatikan dari jauh.

Polis memberitahu Mediacorp bahawa pihaknya tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat.
 
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan