Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1 daripada setiap 4 pekerja S'pura dibuli di tempat kerja: Tinjauan

Hampir seorang daripada setiap empat pekerja Singapura mengatakan mereka "dibuli, diperkecilkan atau diganggu" di tempat kerja pada tahun lalu. Ini berdasarkan satu kajian baru yang diterbitkan pada Selasa (17 September).

Anggaran Waktu Membaca:
1 daripada setiap 4 pekerja S'pura dibuli di tempat kerja: Tinjauan

(Gambar: Raymond Limantara/TODAY)

Diterbitkan : 18 Sep 2019 12:27PM Dikemas Kini : 18 Sep 2019 01:04PM

SINGAPURA: Hampir seorang daripada setiap empat pekerja Singapura mengatakan mereka "dibuli, diperkecilkan atau diganggu" di tempat kerja pada tahun lalu. Ini berdasarkan satu kajian baru yang diterbitkan pada Selasa (17 September).

Firma data dan runding cara Kantar menyenaraikan Singapura di tempat kedua terendah bagi amalan inklusif di tempat kerja dari 14 negara yang ditinjau. Ia menarik perhatian bahawa 24 peratus pekerja di sini dilaporkan dibuli tahun lalu. Mexico berada di tempat terakhir manakala Kanada pula menduduki tangga pertama.

Tinjauan itu juga menunjukkan, para pekerja di Singapura paling berkemungkinan di dunia, dibuat untuk "berasa tidak selesa" oleh majikan-majikan mereka. Seramai 32 peratus daripada pekerja yang ditinjau berkata perkara tersebut pernah berlaku kepada diri mereka. Selain diskriminasi gender dan etnik, pemikiran, pandangan, pilihan, perhatian dan keprihatinan mereka juga tidak diperakui.

MENGAPA IA PENTING?

Menurut syarikat runding cara itu, jika hal ini dibiarkan tidak ditangani, tingkah laku membuli dan amalan-amalan tidak inklusif boleh membawa kepada prestasi lemah, serta pekerja meninggalkan pekerjaan dan dalam kes-kes tertentu, menyebabkan keresahan, tekanan dan ketidakselesaan pekerja.

Matlamat kajian itu, yang meninjau 18,000 orang dari 14 negara, adalah untuk membantu syarikat-syarikat memahami usaha-usaha mana yang perlu dipergiatkan untuk mewujudkan tempat kerja lebih inklusif dan saksama.

Kajian itu melibatkan 1,050 pekerja di Singapura.

TERTEKAN DAN RESAH

Sebanyak 44 peratus responden di Singapura mengatakan mereka terjejas oleh "tekanan dan kebimbangan" di tempat kerja iaitu lebih tinggi berbanding purata sejagat 39 peratus.

Sementara itu, 49 peratus responden juga berkata mereka merasakan syarikat seharusnya memberi mereka lebih sokongan ketika mereka sedang menangani keprihatinan kesihatan.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan