1 daripada 3 pekerjaan sektor kewangan akan diganti automasi
Sepertiga pekerjaan dalam sektor kewangan mungkin akan digantikan dengan automasi dan data analitik dalam masa tiga hingga lima tahun, menurut satu laporan oleh Institut Perbankan dan Kewangan (IBF) serta Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
SINGAPURA: Sepertiga pekerjaan dalam sektor kewangan mungkin akan digantikan dengan automasi dan data analitik dalam masa tiga hingga lima tahun.
Demikian menurut satu laporan oleh Institut Perbankan dan Kewangan (IBF) serta Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Para pemain industri menyatakan ia merupakan kajian yang paling menyeluruh mengenai bagaimana teknologi menjejas tenaga kerja.
Laporan tersebut menerangkan bagaimana 121 pekerjaan akan berubah dengan kehadiran teknologi, termasuk juruwang di bank.
Ia juga memberi gambaran jelas tentang pentingnya syarikat melabur dalam latihan pekerja.
Malah menurut Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo,syarikat-syarikat bukan sahaja perlu memikirkan tentang perubahan perniagaan tetapi juga perubahan tenaga kerja.
Satu contoh adalah Program Penyesuaian Teknologi Kewangan kendalian IBF yang membantu mempersiap para pekerja berkemahiran dalam keselamatan siber dan analitik data.
Ia dijangka mewujudkan 70 pekerjaan di tujuh institusi kewangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.