1 daripada 2 individu sanggup huraikan pertikaian dengan jiran sebagai langkah pertama, menurut kajian
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Gaya Chandramohan/CNA
SINGAPURA: Satu daripada dua rakyat Singapura sanggup untuk menghuraikan isu dengan jiran tetangga mereka secara peribadi sebagai langkah pertama yang diambil dan hanya mempertimbangkan bantuan pihak berkuasa sebagai pilihan terakhir.
Kementerian Pembangunan Negara menyatakan kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa rakyat Singapura ingin kedua-dua kesedaran bermasyarakat dan penguatkuasaan langkah-langkah yang lebih baik.
"Kajian tersebut menunjukkan semangat kampung memerlukan masa untuk dipupuk dan kami perlu bersabar dan menganggap ia sebagai usaha (yang akan mengambil beberapa tahun) dan terus membuka ruang baginya. Namun pada masa yang sama, ia sangat jelas terdapat sokongan kukuh bagi penguatkuasaan, apabila penyelesaian antara kedua-dua individu gagal untuk (menemui jalan keluar)," jelas Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara Sim Ann.
Cik Sim berkata: "Jadi saya rasa ia juga menjelaskan kepada kita bahawa dua pendekatan itu saling melengkapi dan boleh diguna pakai seiringan."
Bercakap kepada para penduduk, Cik Sim menambah bahawa Pejabat Perkhidmatan Perbandaraan sedang mengukuhkan lagi usaha bagaimana ia melaksanakan peranan sebagai pengantara dalam pertikaian antara jiran tetangga.
Agensi tersebut juga sedang mempertingkatkan cara ia menjalankan siasatan terhadap aduan berhubung bunyi bising.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.