Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1 dalam 3 rakyat SG berisiko hidap kencing manis, pemeriksaan main peranan besar

Anggaran Waktu Membaca:
1 dalam 3 rakyat SG berisiko hidap kencing manis, pemeriksaan main peranan besar

Gambar: CNA

Diterbitkan : 14 Nov 2022 11:12PM Dikemas Kini : 14 Nov 2022 11:13PM
SINGAPURA: Dua tahun yang lalu semasa pemeriksaan kesihatan, Cik Daljit Kaur mendapati beliau menghidap kecing manis.

Wanita 79 tahun itu tidak terperanjat dengan diagnosis tersebut memandangkan sejarah keluarga dan beliau juga merupakan penggemar makanan manis.

Namun ia adalah satu amaran kepada beliau untuk mengubah cara pemakanannya dan mengambil berat mengenai kesihatannya.

Pengesanan awal adalah penyelamat, kata Cik Kaur, sambil menambah bahawa selain bantuan perubatan, beliau menerima nasihat mengenai diet dan pilihan gaya hidup untuk mengelak daripada penyakit itu semakin teruk.

Pengalaman beliau mendorongnya untuk menjadi seorang jururawat kencing manis sebagai cara beliau menyumbang kembali kepada masyarakat.

PENGESANAN AWAL SANGAT PENTING

Seperti Cik Kaur, lebih 400,000 orang di Singapura menghidapi kencing manis.

Jumlah itu boleh meningkat kepada 1 juta menjelang 2050 jika tiada perubahan dilakukan, menurut
Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jun sambil menarik perhatian bahawa satu dalam tiga rakyat Singapura berisiko menghidapi kencing manis dalam kehidupan mereka.

Pengamal penjagaan kesihatan menyatakan pemeriksaan awal harus dilakukan sekali setiap tiga tahun untuk mengesan dan mengurangkan risiko komplikasi berkaitan kencing manis termasuk kegagalan buah pinggang, serangan jantung, angin ahmar dan kehilangan penglihatan.

"Kencing manis adalah penyakit yang berlaku secara senyap. Pengesanan awal dengan tiada gejala sama sekali boleh terjadi sehingga komplikasi berlaku," kata Dr Vincent Chong, seorang doktor keluarga di Healthway Medical.

"Dengan itu, pengesanan awal adalah sangat penting bagi kencing manis kerana rawatan awal boleh menghentikan keburukan penyakit dan juga mencegah komplikasi."

Beliau menambah bahawa penyakit kronik tidak hanya menjejas individu tetapi juga mempunyai kesan ekonomi dan sosial yang negatif kepada masyarakat dan institusi jagaan kesihatan.

PEMERIKSAAN PERCUMA BAGI SEGELINTIR ORANG MULAI 2023

Pemeriksaan adalah utama dalam strategi jagaan pencegahan Singapura.

Program SG Lebih Sihat akan menawarkan pemeriksaan kencing manis jenis 2 untuk individu berumur 60 tahun ke atas apabila pendaftaran bermula pada separuh kedua 2023.

Pemeriksaan percuma itu juga meliputi penyakit darah tinggi, hiperlipidemia serta barah payudara, serviks dan kolorektal akan disediakan secara beransur-ansur kepada mereka yang berumur antara 40 dengan 59 tahun dalam tempoh dua tahun akan datang.
PEMERIKSAAN MENINGKAT SEJAK "PERANG TERHADAP KENCING MANIS"

Singapura mengisytiharkan "perang terhadap kencing manis" pada 2016 yang membawa kepada tindak balas pelbagai sektor untuk memerangi penyakit itu.

Sejak itu, pengamal perubatan melaporkan kenaikan bilangan orang yang mendapat pemeriksaan.

Dengan itu, lebih banyak kes ditemui, termasuk mereka yang mempunyai prakencing manis.

Dr Chong berkata beliau melihat sekurang-kurangnya 20 hingga 30 peratus kenaikan dalam jumlah individu yang mendapatkan pemeriksaan penyakit berkenaan sejak ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan 2017 oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam memerangi penyakit kencing manis.

Pertubuhan amal, Diabetes Singapore, menyatakan sudah menjalankan lebih 2,000 pemeriksaan kesihatan tahun ini.

Jumlah itu lebih dua kali ganda berbanding tahun lalu dek usaha pendekatan dengan kerjasama rakan-rakan masyarakat seperti badan-badan agama dan badan kejiranan bersekutu.

Daripada jumlah ini, sekitar 10 hingga 15 peratus dikesan menghidapi kencing manis atau prakencing manis.

Kes yang dikesan kemudian dirujuk kepada klinik swasta (GP) untuk pemeriksaan lanjut.

Diabetes Singapura menyatakan walaupun mereka menerima lebih banyak warga emas, ada peningkatan yang "menggalakkan" dalam bilangan dewasa muda yang menjalani pemeriksaan.

Badan amal itu menambah bahawa ia sedang mencari cara baru untuk mendekati warga Singapura yang lebih muda.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan