Skip to main content

Singapura

1.4 juta rakyat S'pura akan terima baucar GST bernilai S$570 juta pada Ogos

Seramai 1.4 juta rakyat Singapura akan menerima baucer GST bernilai S$570 juta bulan depan, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Rabu (1 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
1.4 juta rakyat S'pura akan terima baucar GST bernilai S$570 juta pada Ogos

(Gambar: Alif Amsyar)

Diterbitkan : 01 Jul 2020 03:47PM Dikemas Kini : 01 Jul 2020 03:55PM

SINGAPURA: Seramai 1.4 juta rakyat Singapura akan menerima baucer GST bernilai S$570 juta bulan depan, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Rabu (1 Jul).

Faedahnya termasuk baucar GST sehingga S$300 dalam bentuk wang tunai, yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank rakyat dari 1 Ogos.

Untuk layak menerima baucar tunai itu, rakyat mesti berusia 21 tahun dan ke atas tahun ini, dengan pendapatan tidak melebihi S$28,000 bagi tahun penilaian 2019.

Mereka yang layak akan menerima S$150 atau S$300 bergantung pada nilai tahunan rumah mereka.

Mereka yang memiliki lebih daripada satu hartanah tidak layak untuk menerima baucar tunai GST.

Sembilan daripada setiap 10 rakyat yang layak akan menerima pembayaran wang tunai secara automatik, menurut MOF.

Mereka yang tidak memberikan nombor bank akaun mereka boleh melakukannya secara online selewat-lewatnya 22 Jul untuk menerima bayaran mereka menerusi pemindahan bank. Selebihnya akan menerima cek yang akan dihantar ke alamat rasmi mereka selewat-lewatnya 17 Ogos.

Secara keseluruhan, pembayaran tunai itu berjumlah sekitar S$410 juta.

Sekitar 545,000 rakyat Singapura berusia 65 tahun dan ke atas tahun ini juga akan menerima tokokan akaun MediSave sehingga S$450 seorang dari 1 Ogos. Secara keseluruhan, tokokan itu berjumlah sekitar S$160 juta.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita