Skip to main content

Singapura

1,200 warga emas sertai Karnival Penuaan Aktif di Anchorvale

Lebih 1,200 warga tua menyertai Karnival Penuaan Aktif di Kelab Masyarakat Anchorvale pada Ahad pagi (24 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Nov 2019 10:04PM Dikemas Kini : 24 Nov 2019 10:07PM

SINGAPURA: Lebih 1,200 warga tua menyertai Karnival Penuaan Aktif di Kelab Masyarakat Anchorvale pada Ahad pagi (24 Nov).

Acara tersebut merupakan sebahagian daripada Program Kesejahteraan Persatuan Rakyat bagi mendekati golongan berusia 50 tahun dan ke atas.

Berjalan pantas sejauh 1.5 kilometer, senaman Zumba beramai-ramai dan senaman menggunakan Bola Berirama Taichi. Itulah sebahagian daripada kegiatan yang diadakan di Karnival Penuaan Aktif itu.

Demi menggalak amalan mesra alam, para peserta disarankan membawa botol air sendiri.

Pejabat Generasi Warga Emas juga mengadakan sesi perkongsian maklumat mengenai Pakej Generasi Merdeka.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita