Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1,200 peserta jayakan persembahan NDP di lima tempat berbeza tahun ini

Persembahan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada Sabtu ini (21 Ogos) akan mempamerkan identiti, daya bingkas dan semangat juang rakyat Singapura menerusi penceritaan dalam empat segmen.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Persembahan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada Sabtu ini (21 Ogos) akan mempamerkan identiti, daya bingkas dan semangat juang rakyat Singapura menerusi penceritaan dalam empat segmen.

Meskipun hanya 600 peserta yang bakal membuat persembahan secara langsung di Pentas Terapung Marina Bay - 70 peratus lebih rendah berbanding kali terakhir ia diadakan di sana pada 2018, pihak penganjur menjanjikan semangat persembahan yang sama.

Ia bakal dimeriahkan lagi oleh sekitar lagi 600 peserta yang membuat persembahan secara maya.

EMPAT SEGMEN CERITAKAN KISAH SINGAPURA

Antara 'orang kuat' bagi segmen pertama ialah Faris Azhari Ridzuan yang memikul dua tanggungjawab besar.

Selain membuat persembahan dalam segmen pembukaan, Faris juga diberi tugas selaku pemimpin dan menyusun tempat sekitar 200 peserta.

Cabaran-cabaran yang dihadapi Singapura pula akan menjadi inti persembahan dalam babak kedua persembahan NDP.

Menariknya, sebuah filem animasi yang buat julung-julung kalinya ditayangkan semasa persembahan NDP akan mengiringi persembahan, memaparkan bagaimana watak-watak mendapat sokongan daripada anggota keluarga dan rakan-rakan mereka.

Berlainan pada tahun ini, persembahan secara langsung NDP akan disepadukan dengan persembahan secara maya.

Ia akan ditayangkan serentak dengan persembahan secara fizikal di Pentas Terapung Marina Bay.

Antara peserta yang bakal beraksi secara maya ialah peserta NDP berpengalaman Cik Jumariah Jamaruddin, 60 tahun.

Cik Jumariah pertama kali menyertai NDP pada tahun 1974 di stadium lama.

Namun, dia terpaksa menjalani pembedahan lutut 10 tahun lalu dan setelah sihat kembali, Cik Jumariah tidak mahu terlepas peluang untuk membuat persembahan di NDP.

Cik Jumariah bakal beraksi dalam babak ketiga yang mempamerkan kekuatan dalaman rakyat Singapura sekali gus menceritakan bagaimana generasi sebelumnya mengatasi cabaran-cabaran.

Bagi memeriahkan lagi suasana NDP tahun ini, persembahan Cik Jumariah dan sekitar 600 peserta lain dirakam di empat lokasi iaitu Lapangan Terbang Changi Jewel, Stadium Yio Chu Kang, Bendungan Marinadan Universiti Kebangsaan Singapura bagi disepadukan dengan persembahan secara langsung.

Kesemua peserta NDP perlu sudah menerima dos vaksin yang lengkap dan mesti menjalani ujian COVID-19 sebelum setiap sesi latihan yang diadakan secara fizikal. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa