Skip to main content

Singapura

1.2 juta keluarga rakyat S'pura bakal terima sokongan bil api air $340 juta

Semua keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya satu rakyat Singapura akan menerima Kredit Perbekalan Kesepakatan sekali sahaja berjumlah S$100 yang akan dimasukkan ke dalam bil api air SP Group mereka pada bulan Julai atau Ogos.

Anggaran Waktu Membaca:
1.2 juta keluarga rakyat S'pura bakal terima sokongan bil api air $340 juta

(Gambar fail: Reuters/Kevin Lam)

Diterbitkan : 02 Jul 2020 08:59PM Dikemas Kini : 02 Jul 2020 09:06PM

SINGAPURA: Semua keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya satu rakyat Singapura akan menerima Kredit Perbekalan Kesepakatan sekali sahaja berjumlah S$100 yang akan dimasukkan ke dalam bil api air SP Group mereka pada bulan Julai atau Ogos.

Bayaran itu akan diberikan kepada keluarga yang tinggal dalam semua jenis kediaman. Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat semasa pembentangan Belanjawan Kecekalan pada Mei lalu.

"Bantuan ini ialah untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana tidak keluar rumah semasa tempoh "pemutus rantaian jangkitan COVID-19," menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan media pada Khamis (2 Jul).

Kredit bil api air itu tambahan kepada Baucar GST (GSTV) U-Save dan Baucar GST - U-Save Bayaran Khas, yang juga akan diberikan kepada keluarga yang layak dan tinggal di HDB, menurut MOF.

Sekitar 940,000 keluarga HDB akan menerima bayaran tetap berganda U-Save tahun kewangan ini, melalui Baucar GSTV - U-Save Bayaran Khas sekali.

Keluarga yang layak dengan lima atau lebih anggota keluarga juga akan menerima tambahan rebat dua setengah ganda jumlah GSTV-U-Save.

Keseluruhan rebat Baucar GSTV-U-Save yang diagihkan itu akan menelan belanja S$630 juta bagi tahun kewangan ini.

Dengan bantuan tambahan itu, setiap keluarga yang tinggal di flat satu atau dua bilik HDB akan menerima jumlah rebat yang sama dengan kos bil api air mereka untuk sekurang-kurangnya enam hingga lapan bulan, secara purata. Lazimnya, rebat GSTV-U-Save yang diterima bernilai secara purata sama dengan sekitar tiga hingga empat bulan kos bil api air mereka.

Sementara itu, mereka yang tinggal di flat tiga dan empat bilik HDB akan mendapat rebat yang sama nilai sekurang-kurangnya dua hingga empat bulan bil api air mereka.

Rebat GSTV-U-Save yang biasa diterima berjumlah sekitar satu hingga dua bulan bil api air mereka.

Berikut adalah nilai rebat GSTV-U-Save yang diterima setiap keluarga bagi tahun kewangan ini:

Related article image

Skim Baucar GSTV tetap yang diperkenalkan pada 2012 bertujuan membantu golongan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana menampung sebahagian bil api air dan mengurangkan beban perbelanjaanmereka.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita