Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1,048 karton rokok seludup ditemui dalam lori di Pusat Pemeriksaan Tuas

Sejumlah 1,048 karton rokok tidak dibayar cukai ditemui dalam sebuah lori yang mencuba untuk menyeludup rokok-rokok tersebut ke Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas. 

Anggaran Waktu Membaca:
1,048 karton rokok seludup ditemui dalam lori di Pusat Pemeriksaan Tuas

Para pegawai ICA merampas 1,048 karton rokok tidak dibayar cukai yang tersembuyi di antara papan-papan perabot. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 15 Nov 2021 05:40PM Dikemas Kini : 15 Nov 2021 05:41PM

SINGAPURA: Sejumlah 1,048 karton rokok tidak dibayar cukai ditemui dalam sebuah lori yang mencuba untuk menyeludup rokok-rokok tersebut ke Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas.

Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (15 Nov).

Lori berdaftar di Malaysia itu mengangkut pelbagai konsainan, termasuk papan perabot, apabila para pegawai ICA mengarahkannya bagi pemeriksaan lanjut pada 12 November, menurut ICA dalam satu catatan Facebook.

“Kecurigaan meraka disahkan apabila mereka menemui rokok tidak dibayar cukai di antara papan-papan perabot itu," menurut ICA.

Kes tersebut sudah dirujuk kepada Kastam Singapura bagi siasatan lanjut, tambahnya.

“Kaedah penyembunyian serupa boleh juga digunakan oleh pengganas untuk menyeludup barangan keselamatan ke Singapura," menurut ICA.

“ICA akan terus menjalankan pemeriksaan keselamatan untuk mengesan dan mencegah percubaan menyeludup bagi memastikan keselamatan Singapura." 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan