Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1,009 kes tempatan baru COVID-19 di S'pura; kelompok besar dikesan di 2 lagi rumah jagaan

Singapura melaporkan 1,009 kes jangkitan tempatan baru COVID-19 sehingga tengah hari Ahad (19 Sep), termasuk 919 kes dalam masyarakat dan 90 penghuni di dormitori.

Anggaran Waktu Membaca:
1,009 kes tempatan baru COVID-19 di S'pura; kelompok besar dikesan di 2 lagi rumah jagaan

(Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 20 Sep 2021 07:31AM Dikemas Kini : 20 Sep 2021 07:33AM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 1,009 kes jangkitan tempatan baru COVID-19 sehingga tengah hari Ahad (19 Sep), termasuk 919 kes dalam masyarakat dan 90 penghuni di dormitori.

Ini merupakan hari kedua berturut-turut, jumlah kes tempatan baru koronavirus di sini melebihi 1,000 selepas 1,004 jangkitan dicatatkan pada Sabtu.

321 daripada kes yang dilaporkan itu melibatkan warga emas berusia lebih 60 tahun, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Terdapat juga tiga kes import, menjadikan jumlah kes harian keseluruhannya sebanyak 1,012.

KELOMPOK BESAR

Empat lagi kelompok besar dimasukkan dalam senarai MOH pada Ahad - Pasar dan Pusat Makanan Toa Payoh Lorong 8, rumah jagaan Woodlands Care Home dan Windsor Convalescent Home serta prasekolah My Little Campus (Yishun).

Kelompok di Pasar dan Pusat Makanan Toa Payoh Lorong 8 mempunyai 41 kes merangkumi 24 kakitangan dan 17 kontak isi rumah. Semua pekerja di pasar dan pusat makanan itu akan menjalani ujian swab COVID-19, kata MOH.

Kelompok di rumah jagaan Woodlands Care Home mempunyai 12 kes termasuk 11 penghuni dan seorang kakitangan manakala 10 kes dicatatkan di rumah jagaan Windsor Convalescent Home, terdiri daripada sembilan penghuni dan seorang pekerja.

Kelompok prasekolah My Little Campus (Yishun) pula, ada 11 kes termasuk sembilan murid dan dua kakitangan.

Empat kelompok itu adalah antara 16 kelompok besar yang sedang dipantau MOH.

KES DI HOSPITAL

Sebanyak 873 kes jangkitan dimasukkan ke hospital dan kebanyakan pesakit dalam keadaan baik serta sedang dipantau, menurut MOH.

118 kes yang sakit teruk memerlukan bantuan oksigen manakala 21 dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU). Daripada mereka yang jatuh sakit teruk, 116 merupakan warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Sepanjang 28 hari lalu, 98.1 peratus kes tempatan tidak menunjukkan gejala atau mempunyai gejala ringan.
Setakat Ahad, Singapura melaporkan jumlah terkumpul 77,804 kes COVID-19 dengan 60 kematian disebabkan penyakit itu. 

Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan