Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1,000 penuntut lima politeknik tempatan berpeluang ikuti program 'Future City'

Sekitar 1,000 penuntut kelima-lima politeknik tempatan berpeluang mengikuti program baru "Future City", mulai bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Apr 2019 08:20PM Dikemas Kini : 03 Apr 2019 11:05PM

SINGAPURA: Sekitar 1,000 penuntut kelima-lima politeknik tempatan berpeluang mengikuti program baru "Future City", mulai bulan ini.

Ia merupakan sebahagian daripada kerjasama antara agensi-agensi pemerintah dengan rakan-rakan perusahaan bagi melengkapi para pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan huraian bandar masa depan.

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung mengumumkan demikian di Simposium Panduan Kerjaya dan Pendidikan, siang tadi (3 Apr).

Di bawa program Future City, para pelajar politeknik tahun pertama dan kedua dapat menyertai lawatan sambil belajar dan menghadiri ceramah perusahaan, bagi lebih memahami cara menggunakan analisis data dan mengamalkan reka bentuk bandar yang mampan.

Pada tahun terakhir pengajian mereka kelak, para pelajar tersebut boleh memohon untuk menyertai program bekerja sambil belajar dalam bidang-bidang khusus.

Program yang diterajui Politeknik Ngee Ann itu mahu menawarkan 100 peluang bekerja sambil belajar tahun ini.

Sejauh ini, 16 buah syarikat dari sektor-sektor awam dan swasta terlibat dalam porgram baru yang bertujuan memupuk bakat itu.

Menurut Politeknik Ngee Ann, program-program lawatan dan bekerja sambil belajar mungkin berbeza bagi setiap politeknik, bergantung kepada bidang tumpuan masing-masing.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan