Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1,000 pengguna di Ang Mo Kio, Bishan terjejas akibat gangguan khidmat jalur lebar

Sekitar 1,000 orang di beberapa kawasan di Ang Mo Kio dan Bishan mengalami gangguan pada khidmat jalur lebar gentian setelah kabel-kabel gentian rosak pada Jumaat (28 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
1,000 pengguna di Ang Mo Kio, Bishan terjejas akibat gangguan khidmat jalur lebar

Gambar fail van NetLink Trust. (Gambar: NetLink Trust)

Diterbitkan : 29 Feb 2020 08:52AM Dikemas Kini : 29 Feb 2020 08:54AM

SINGAPURA: Sekitar 1,000 orang di beberapa kawasan di Ang Mo Kio dan Bishan mengalami gangguan pada khidmat jalur lebar gentian setelah kabel-kabel gentian rosak pada Jumaat (28 Feb).

NetLink Trust menerima aduan mengenai gangguan pada khidmat jalur lebar gentian pada sekitar 5.30 petang pada Jumaat (28 Feb) dan mendapati kabel-kabel gentian di Ang Mo Kio Avenue 1 rosak akibat kontraktor pihak ketiga.

"Kontraktor pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab itu tidak diambil oleh NetLink Trust atau syarikat-syarikat pembekalnya," menurut NetLink Trust.

"Kami sudahpun mengerahkan pasukan pemulihan ke tempat kejadian dan kerja-kerja memulihkan khidmat jalur lebar gentian sedang dijalankan."

Khidmat jalur lebar gentian itu pulih secara bertahap-tahap menjelang pagi Sabtu, menurut NetLink Trust, sambil menambah ia sedang bekerjasama dengan semua pihak termasuk Penyedia Khidmat Internet bagi memastikan khidmat ke semua kawasan terjejas dapat dipulihkan "dengan segera".

Syarikat telko Singtel menulis dalam catatan di Facebook bahawa ia akan menghubungi kesemua pelanggan yang terjejas untuk mengetepikan yuran data mudah alih mereka sehingga khidmat jalur lebar di kawasan itu pulih semula.

"Kami mohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan kami menghargai kesabaran anda,"menurut kenyataan tersebut.

Dalam kemas kini pada pagi Sabtu, NetLink Trust menyatakan gangguan khidmat kabel gentian dipulihkan pada pukul 11.51 malam pada Jumaat.

Kabel-kabel itu rosak semasa syarikat kontraktor sedang menjalankan kerja-kerja untuk melencongkan kumbah di Ang Mo Kio Avenue 1.

"NetLink Trust memandang serius terhadap sebarang gangguan khidmat oleh para kontraktor tidak bertanggungjawab. NetLink Trust sedang menyiasat kejadian ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan