Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura tawar 12,000 lagi dos vaksin untuk pelaut asing

Singapura akan menyediakan lagi 12,000 dos vaksin COVID-19 untuk pelaut rakyat asing yang tidak menetap di negara ini di bawah satu program yang dimulakan sejak April lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Nov 2021 01:04PM Dikemas Kini : 16 Nov 2021 09:29PM

SINGAPURA: Singapura akan menyediakan lagi 12,000 dos vaksin COVID-19 untuk pelaut rakyat asing yang tidak menetap di negara ini di bawah satu program yang dimulakan sejak April lalu.

Program vaksinasi itu telah dilanjutkan sehingga Jun tahun depan.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk memastikan kedudukan Singapura sebagai pusat bekalan global yang boleh dipercayai.

Sejauh ini lebih 8,000 pelaut rakyat asing telah mendapat suntikan satu dos vaksin COVID-19.

Kira-kira 90 peratus sudah lengkap divaksin.

Mereka termasuk sepertiga anak kapal bukan penduduk yang bekerja dalam kapal pesiaran, feri-feri serantau, kapal pengangkut bekalan dan kapal nelayan.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Chee Hong Tat berkata sebagai
pelabuhan hab global dan pusat maritim antarabangsa, penting bagi Singapura untuk memainkan peranan menjaga pelaut.

"Pelaut kita memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan rantaian bekalan global dan kami ingin memastikan mereka dilindungi dengan selamat.

"Jadi, protokol yang kami usahakan, bersama rakan kongsi tiga pihak kami, adalah untuk membolehkan pelaut kami menerima vaksin - mereka yang berada di atas kapal, yang masuk ke Singapura di pelabuhan kami, di limbungan kapal kami dan juga di terminal kami. Dengan berbuat demikian, kita boleh melindungi pelaut kita dengan lebih baik dan sekali gus melindungi rantaian bekalan global kita dengan lebih baik,"ujarnya. 

Sumber : CNA/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan