Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura lapor 24 kes baru COVID-19 dalam masyarakat, 5 jangkitan tidak berkait

Singapura melaporkan 24 kes baru COVID-19 dalam masyarakat pada tengah hari Rabu (2 Jun), termasuk lima yang tidak mempunyai kaitan dengan kes sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura lapor 24 kes baru COVID-19 dalam masyarakat, 5 jangkitan tidak berkait

(Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 02 Jun 2021 04:18PM Dikemas Kini : 02 Jun 2021 04:21PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 24 kes baru COVID-19 dalam masyarakat pada tengah hari Rabu (2 Jun), termasuk lima yang tidak mempunyai kaitan dengan kes sebelumnya.

Sebanyak 19 jangkitan dikaitkan dengan kes terdahulu, 18 daripadanya sudah dikuarantin dan satu dikesan melalui pengawasan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam laporan hariannya.

Terdapat juga tujuh kes diimport, yang dikenakan notis jangan keluar rumah setibanya di Singapura. Enam adalah warga Singapura atau penduduk tetap.

Tidak ada jangkitan baru yang dilaporkan di dormitori pekerja hijrahan.

Secara keseluruhan, Singapura melaporkan 31 kes baru COVID-19 pada Rabu.

Butiran kes akan diumumkan malam ini, kata MOH.

Sehingga hari ini, Singapura mencatat 62,100 kes COVID-19.

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan