Skip to main content

Singapura lapor 20 kes baru COVID-19 dalam masyarakat, 2 tidak berkait

Sebanyak 20 jangkitan baru COVID-19 dalam masyarakat dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Khamis (17 Jun), termasuk dua yang tidak berkait kes terdahulu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Jun 2021 04:10PM Dikemas Kini : 17 Jun 2021 11:44PM

SINGAPURA: Sebanyak 20 jangkitan baru COVID-19 dalam masyarakat dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Khamis (17 Jun), termasuk dua yang tidak berkait kes terdahulu.

18 jangkitan dikaitkan dengan kes sebelum ini. 13 daripadanya sudah dikuarantin sebelumnya dan lima dikesan melalui proses pengawasan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam laporan awalnya.

Terdapat juga tujuh kes import, yang semuanya dikenakan notis jangan keluar rumah atau diasingkan sebaik mereka tiba di Singapura. Tiga daripadanya adalah warga Singapura atau penduduk tetap.

Tidak ada jangkitan baru yang dilaporkan di dormitori pekerja hijrahan.

Secara keseluruhan, Singapura melaporkan 27 kes baru COVID-19 pada Khamis.

Perincian kes akan dikeluarkan malam nanti, kata MOH.

Menteri Kewangan Lawrence Wong pada Rabu berkata pasukan berbilang kementerian mengenai COVID-19 sedang "menilai masa dan skop" bagi tahap pembukaan Singapura selanjutnya.

Makan di gerai makanan dan minuman kini dilarang sebagai sebahagian daripada Fasa 3 (Kewaspadan Dipertingkat) dan dijadualkan disambung semula pada 21 Jun, dengan syarat keadaan COVID-19 tetap terkawal.

Merujuk kepada kes baru yang tercetus dan kelompok "besar" di Bukit Merah, yang mempunyai 39 kes pada Rabu, Encik Wong berkata pasukan bertindak sedang "mengkaji keadaan dengan teliti bersama pakar kesihatan awam".

Sehingga Khamis, Singapura melaporkan 62,366 kes COVID-19 dan 34 kematian akibat penyakit tersebut.

Sumber : CNA/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita