Skip to main content

Singapura dapat hak beli vaksin COVID-19 menerusi kemudahan COVAX

Singapura telah mendapat hak untuk membeli sejumlah vaksin COVID-19 menerusi akses kemudahan sejagat COVAX.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Sep 2020 09:33PM Dikemas Kini : 25 Sep 2020 09:39PM

SINGAPURA: Singapura telah mendapat hak untuk membeli sejumlah vaksin COVID-19 menerusi akses kemudahan sejagat COVAX.

Ia menyertai negara-negara lain seperti Jepun dan Australia dalam perjanjian sejagat itu bagi mendapat akses kepada vaksin-vaksin yang dihasilkan oleh pelbagai pihak.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan Perikatan Vaksin, Gavi, Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan Singapura telah mendapat hak untuk membeli vaksin-vaksin itu menerusi kemudahan COVAX, dengan komitmen bayaran pendahuluan.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada strategi Singapura untuk mendapatkan vaksin COVID-19 untuk rakyatnya.

MOH menambah bahawa akses yang wajar, adil dan saksama bagi mendapatkan vaksin yang selamat serta berkesan akan membantu membendung serta menghapuskan pandemik itu bukan sahaja di Singapura tetapi juga di seluruh dunia.

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita