Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura akan bangkit lebih inklusif, bersatu padu selepas COVID-19, kata Encik Tharman

Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam menggesa generasi muda untuk memainkan peranan membantu Singapura menjadi masyarakat yang lebih bersatu dan silang kaum selepas pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Jul 2020 07:22PM Dikemas Kini : 07 Jul 2020 09:10PM

SINGAPURA: Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam menggesa generasi muda untuk memainkan peranan membantu Singapura menjadi masyarakat yang lebih bersatu dan silang kaum selepas pandemik COVID-19.

Beliau berkata demikian dalam episod "Straight Talk PAP" yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Beliau juga menggariskan rancangan pemerintah sejauh ini yang membantu penduduk di pelbagai fasa kehidupan untuk membina masyarakat yang inklusif.

Encik Tharman berkata keutamaan sekarang di tengah-tengah COVID-19 adalah untuk menghuraikan isu pengangguran.

Beliau memberi jaminan bahawa pemerintah PAP akan memastikan pendapatan dan kemahiran generasi masa kini tidak akan hilang selamanya disebabkan pandemik.

Encik Tharman juga berkata pemerintah akan menggandakan usaha dalam sistem yang membantu untuk mendapatkan pekerjaan serta menaik taraf para pekerja daripada semua generasi.

"Pakej pekerjaan dan kemahiran bernilai S$2 bilion lebih bermanfaat kepada rakyat Singapura berbanding pakej subsidi pengangguran bernilai S$2 bilion. Kedua-duanya bertujuan membantu penduduk yang hilang pekerjaan tetapi jauh lebih baik bagi kita membantu mereka memasuki semula alam pekerjaan.

"Sebaiknya untuk pekerjaan tetap dan jika tidak cukup pekerjaan tetap pada jangka masa pendek, boleh mendapatkan sementara dan melalui latihan berstruktur yang menyediakan laluan untuk mendapatkan pekerjaan tetap," kata Encik Tharman.

Encik Tharman menambah pemerintah sudah memainkan peranan dalam menyediakan skim jaminan sosial seperti CPF.

Namun, beliau menggesa supaya adanya tanggungjawab bersama untuk mencegah ketidaksamarataan apabila penduduk berusia nanti.

Bagi generasi muda, beliau berkata bahawa mereka boleh memainkan peranan dalam membina masyarakat yang lebih inklusif dan mampan yang boleh melampaui COVID-19 dan juga hingga ke generasi seterusnya.

"Libatkan diri anda dalam kejiranan seperti bekerjasama dengan kanak-kanak kurang bernasib baik. Libatkan diri anda dengan membantu golongan dewasa yang bekerja, membantu golongan tua membiasakan diri dengan era digital.

"Libatkan diri anda dengan inisiatif anda sendiri dan mencari jalan menyertakannya dengan apa yang kami lakukan. Libatkan diri anda dengan apa yang dilancarkan DPM Heng - Singapore Together. Ia bukan mengenai pemerintah saja. Ia mengenai Singapura bersama," tambah Encik Tharman. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan