Skip to main content

Iklan

Iklan

Siaran ucapan politik di televisyen, radio dari 2 hingga 9 Julai

Para pengundi boleh menonton dan mendengar ucapan calon-calon Pilihan Raya melalui siaran televisyen dan radio dari 2 hingga 9 Julai.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jun 2020 07:06PM Dikemas Kini : 24 Jun 2020 09:22PM

SINGAPURA: Para pengundi boleh menonton dan mendengar ucapan calon-calon Pilihan Raya melalui siaran televisyen dan radio dari 2 hingga 9 Julai.

Ini termasuk siaran parti politik dan juga siaran politik kawasan undi.

Siaran ucapan politik itu ditambah kerana rapat umum fizikal tidak dibenarkan kali ini akibat pandemik COVID-19.

Dalam satu kemas kininya, Jabatan Pilihan Raya (ELD) menyatakan, akan ada dua Siaran Parti Politik (PPB) melalui televisyen dan radio pada 2 Julai dan 9 Julai yang juga merupakan Hari Bertenang.

Ia akan disiarkan mulai pukul 7.00 malam.

Hanya parti yang membariskan sekurang-kurangnya enam orang calon di bawah simbol parti yang diiktiraf, layak membuat siaran PPB.

Siaran Politik Kawasan Undi (CPB) yang baru pula akan disiarkan di Saluran 5 antara 3 hingga 7 Julai mulai 7.00 malam.

Pihak berkuasa akan mengeluarkan panduan esok tentang cara-cara para calon membuat siaran itu.

ELD juga akan menyediakan sehingga 10 tempat untuk para calon mengadakan rapat umum secara online.

Terdapat tiga waktu ditetapkan iaitu pada sebelah pagi, petang dan malam.

Tempat itu akan dilengkapi hubungan internet dan boleh ditempah mulai Hari Penamaan Calon pada harga S$107 bagi sesuatu tempoh.

Jika sesuatu tempoh mendapat banyak tempahan, undian akan diadakan.

Para calon juga boleh memilih untuk menggunakan tempat mereka sendiri.

ELD hari ini (24 Jun) juga menekankan beberapa garis panduan bagi berkempen.

ELD menyatakan saiz kumpulan dihadkan kepada lima orang dengan jarak semeter antara satu sama lain.

Para calon juga perlu meringkaskan interaksi awam dan mengelakkan daripada interaksi fizikal.

Para calon perlu memakai pelitup dan jaga jarak selamat.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan