Skip to main content

SIA, Qantas kerjasama dengan Australia untuk bawa produk makanan ke pasaran Asia

 Australia pada Rabu (6 Mei) menyatakan bahawa ia sudah memeterai perjanjian dengan Singapore Airlines (SIA) dan Qantas Airways untuk membawa produk makanan ke pasaran Asia, sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk membantu perniagaan yang terjejas teruk oleh COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
SIA, Qantas kerjasama dengan Australia untuk bawa produk makanan ke pasaran Asia

Pesawat Singapore Airlines. (Gambar fail: REUTERS/Arnd Wiegmann)

Diterbitkan : 06 May 2020 10:50PM Dikemas Kini : 06 May 2020 10:55PM

SYDNEY: Australia pada Rabu (6 Mei) menyatakan bahawa ia sudah memeterai perjanjian dengan Singapore Airlines (SIA) dan Qantas Airways untuk membawa produk makanan ke pasaran Asia, sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk membantu perniagaan yang terjejas teruk oleh COVID-19.

Qantas mulai Khamis akan memulakan penerbangan mingguan dari utara negara itu ke Hong Kong dengan membawa makanan laut dan produk makanan lain dari Queensland. SIA pula akan membawa makanan dari Australia Selatan, menurut kerajaan itu.

Beberapa produk Australia Selatan termasuk makanan laut, ikan tuna, daging kambing dan ayam serta telur, akan dihantar ke Singapura dan kemudian diedarkan ke Hong Kong, Thailand dan China.

Menurut menteri perdagangan Australia, Simon Birmingham, perjanjian itu akan membantu membangunkan semula laluan pengangkutan barangan secara langsung bagi para pengeksport yang mengalami kesukaran untuk menghantar barangan ke luar negara semasa pandemik ini.

Sekitar separuh daripada kargo udara di seluruh dunia dibawa dalam pesawat penumpang berbanding pesawat kargo khas, bagaimanapun penggantungan pesawat akibat COVID-19 menyebabkan pasaran lebih bergantung kepada pesawat kargo.

Krisis COVID-19 juga memaksa banyak syarikat penerbangan untuk menggunakan pesawat penumpang mereka bagi mengangkut kargo buat sementara.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita