Skip to main content

Iklan

Iklan

Sepanyol negara EU pertama catat rekod sejuta kes COVID-19

Sepanyol muncul sebagai negara anggota Kesatuan Eropah (EU) yang pertama merekodkan sejuta kes COVID-19, menurut data rasmi, pada Rabu (21 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Sepanyol negara EU pertama catat rekod sejuta kes COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Oct 2020 12:51PM Dikemas Kini : 22 Oct 2020 12:56PM

MADRID: Sepanyol muncul sebagai negara anggota Kesatuan Eropah (EU) yang pertama merekodkan sejuta kes COVID-19, menurut data rasmi, pada Rabu (21 Okt). Ini sedang pihak pemerintah mempertimbangkan untuk menguatkuasakan sekatan terhadap kehidupan awam untuk mengekang penularan wabak itu.

Kementerian Kesihatan mengumumkan, negara itu mencatat 16,973 jangkitan dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,005,295 kes selepas kes pertama dikesan pada 31 Januari di pulau terpencil, La Gomera di Kepulauan Canary.

Daripada jumlah itu, 34,366 pesakit sudah meninggal dunia, termasuk 156 kematian baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Sepanyol yang mempunyai kira-kira 47 juta penduduk, adalah negara keenam di dunia melepasi angka mengerikan itu selepas Amerika Syarikat (AS), India, Brazil, Rusia dan Argentina, menurut perangkaan AFP berdasarkan data rasmi.

Bagaimanapun, angka korban dalam gelombang baru wabak itu merosot berbanding akhir Mac dan April lalu yang mencatatkan lebih 800 kematian sehari.

Namun Menteri Kesihatan, Salvador Illa, berkata pemerintah sedang mempertimbangkan beberapa langkah baru bagi membendung penularan wabak itu, termasuk perintah berkurung pada waktu malam seperti yang dilaksanakan di Perancis dan Belgium, baru-baru ini.

Ia berikutan amaran petugas kesihatan berhubung keupayaan hospital untuk terus menampung lonjakan kes COVID-19.

"Kita sedang berdepan waktu mendatang yang sangat mencabar. Dengan musim sejuk yang menjelang tiba, gelombang kedua bukan lagi satu ancaman, ia adalah satu hakikat di seluruh Eropah," katanya.

Beliau sekali gus menegaskan, kerajaan "bersikap terbuka terhadap segala langkah" bagi mengekang virus itu. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan