Skip to main content

Sepanyol buka semula sempadan; kes COVID-19 Amerika Latin pula jangkaui 2 juta

Sepanyol membuka semula sempadannya pada Ahad (21 Jun), satu tahap penting dalam pembukaan semula Eropah secara beransur-ansur sedang jangkitan COVID-19 di Amerika Latin menjangkaui dua juta orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Sepanyol buka semula sempadan; kes COVID-19 Amerika Latin pula jangkaui 2 juta

(Gambar: AFP/Gabriel BOUYS)

Diterbitkan : 22 Jun 2020 09:59AM Dikemas Kini : 22 Jun 2020 10:02AM

MADRID: Sepanyol membuka semula sempadannya pada Ahad (21 Jun), satu tahap penting dalam pembukaan semula Eropah secara beransur-ansur sedang jangkitan COVID-19 di Amerika Latin menjangkaui dua juta orang.

Pergerakan kembali rancak di sempadan Sepanyol-Perancis bagi berjuta-juta perniagaan dan pekerja di seluruh Eropah yang terjejas teruk ekoran kemerosotan ekonomi, disebabkan oleh penguatkuasaan perintah berkurung yang ketat.

"Kami ingin berada di Sepanyol untuk berjemur, pantai, menjamu selera dan saya sudah memakai baju renang di bahagian dalam pakaian saya," kata wanita Perancis, Sylvia Faust, yang menyeberang ke Sepanyol bersama anak perempuannya berusia 17 tahun.

Namun, kegembiraan seumpama itu tidak disaksikan di Amerika Latin, di mana catatan suram terus meningkat.

Brazil adalah negara kedua yang paling teruk terjejas dengan hampir 50,000 kematian dan lebih sejuta kes lantas meningkatkan jumlah jangkitan di Amerika Latin sehingga melebihi dua juta, menurut anggaran AFP pada awal Ahad.

Virus COVID-19 pantas merebak di rantau itu, dengan Mexico negara kedua paling teruk dilanda pandemik itu, diikuti oleh Peru dan Chile.

Kelompok-kelompok baru juga muncul di wilayah Palestin, Maghribi dan Iran di mana para pegawai kini mencatatkan lebih 100 kematian dalam sehari selama tiga hari berturut-turut.

Beijing juga bergelut memerangi pandemik itu yang mana setakat ini bandar raya itu sudahpun mencatatkan lebih 200 kes.

Pihak berkuasa mengambil lebih dua juta sampel untuk diuji dan melarang import ayam daripada pengeluar Amerika Syarikat (AS) kerana bimbang virus itu mungkin dibawa masuk melalui makanan yang tercemar.

COVID-19 sudahpun meragut lebih 460,000 jiwa dan menjangkiti hampir sembilan juta orang di seluruh dunia.

Walaupun penularannya perlahan di Eropah, ia tetap menjadi benua yang paling teruk terjejas dengan lebih 2.5 juta kes.

Sepanyol menjadi antara negara Eropah yang paling teruk dilanda pandemik itu tetapi semalam ia menarik balik sekatan dalam usaha untuk mencergaskan industri pelancongannya.

Selain membuka sempadan darat dengan Perancis, Sepanyol juga menyambut warga negara Kesatuan Eropah (EU), mereka yang berasal dari zon bebas pasport Schengen (kawasan yang terdiri daripada 26 negara Eropah yang secara rasmi memansuhkan pasport dan semua bentuk kawalan sempadan) dan warga Britain di pelabuhan dan lapangan terbang - tanpa memerlukan mereka dikuarantin terlebih dulu.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita