Skip to main content

Iklan

Iklan

Semua sekolah perketat langkah pengurusan selamat demi lindungi pelajar, kakitangan

Sekolah-sekolah di Singapura sedang memperketat langkah-langkah pengurusan selamat setelah bilangan kes COVID-19 dalam masyarakat melonjak sepanjang minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Semua sekolah perketat langkah pengurusan selamat demi lindungi pelajar, kakitangan

(Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 19 Jul 2021 08:13PM Dikemas Kini : 19 Jul 2021 08:14PM

SINGAPURA: Sekolah-sekolah di Singapura sedang memperketat langkah-langkah pengurusan selamat setelah bilangan kes COVID-19 dalam masyarakat melonjak sepanjang minggu lalu.

Menurut Kementerian Pendidikan (MOE), ia adalah sebahagian daripada langkah-langkah pencegahan yang dilaksanakan bagi melindungi kesejahteraan kakitangan dan para pelajar.

Langkah-langkah tersebut dikuatkuasakan mulai hari ini (19 Jul).

MOE menyatakan bahawa pembelajaran pendidikan jasmani (PE) harus dilakukan di dalam bilik darjah dan hanya meliputi kegiatan berseorangan atau berkumpulan sehingga dua orang sahaja. 

Kegiatan Ko-kurikular (CCA) yang diadakan secara fizikal akan diteruskan bagi para pelajar sekolah menengah, maktab rendah dan Institut Millenia.

Namun bagi sekolah rendah pula, MOE merancang untuk membenarkan kegiatan secara fizikal disambung semula mulai minggu depan.

Selain itu, jumlah pelajar yang dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam kegiatan sukan fizikal dan tarian akan dikurangkan iaitu daripada 50 kepada hanya 30 pelajar.

Saiz kumpulan juga akan dikurangkan daripada lima kepada dua orang sahaja.

Menurut MOE, tindakan wajar juga akan diambil ke atas kakitangan dan para pelajar jika anggota isi rumah mereka menerima Amaran Risiko Kesihatan menerusi kiriman SMS daripada MOH.  

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan