Skip to main content

Semua pengunjung dari Estonia, Norway perlu jalani Notis Jangan Keluar Rumah di kemudahan khusus

Mulai Ahad ini (8 Nov), semua pengunjung yang tiba dari Estonia dan Norway perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari di kemudahan-kemudahan khusus. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Nov 2020 06:58PM Dikemas Kini : 06 Nov 2020 09:19PM

SINGAPURA: Mulai Ahad ini (8 Nov), semua pengunjung yang tiba dari Estonia dan Norway perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari di kemudahan-kemudahan khusus.

Peraturan baru itu termasuk mereka yang sebelum ini sudah mendapat kebenaran untuk menjalani perintah itu di rumah.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan semakan itu dilakukan memandangkan kenaikan ketara bilangan kes baru COVID-19 di kedua-dua negara Eropah itu sejak minggu lalu.

Sementara itu, para pengunjung yang tiba dari tujuh negara iaitu Fiji, Finland, Jepun, Korea Selatan, Sri Lanka, Thailand dan Turki boleh terus memilih untuk menjalani SHN di kediaman mereka.

Para pengunjung dinasihati supaya melungsuri laman Pejabat Perjalanan Selamat untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai langkah-langkah kawalan sempadan bagi memasuki Singapura. 

Sumber : CNA/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita