Skip to main content

Seletar Mall, Plaza Singapura antara tempat awam dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

Seletar Mall dan Plaza Singapura ditambah ke dalam senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi kes COVID-19 semasa mereka dalam keadaan berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
Seletar Mall, Plaza Singapura antara tempat awam dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

Gambar: Google Street View

Diterbitkan : 01 Jun 2021 11:42PM Dikemas Kini : 01 Jun 2021 11:46PM

SINGAPURA: Seletar Mall dan Plaza Singapura ditambah ke dalam senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi kes COVID-19 semasa mereka dalam keadaan berjangkit.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pada Selasa (1 Jun), mereka yang berjangkit telah mengunjungi pasar raya Cold Storage di Plaza Singapura.

Kasino Marina Bay Sands, cawangan Decathlon di ESR BizPark@Chai Chee, kedai gunting rambut Atatzcutz Singapore dan Pizza Hut di Hougang Green juga dimasukkan ke dalam senarai itu.

Seorang rakyat Malaysia, 26 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan di Pizza Hut Hougang Green adalah antara tujuh kes tidak berkait yang dilaporkan di Singapura pada Selasa.

Berikut senarai tempat dan masa yang dikunjungi pesakit COVID-19 semasa berjangkit: 

Related article image

Sebagai langkah berjaga-jaga, MOH menasihatkan mereka yang berada di tempat-tempat itu dan pada masa yang disenaraikan agar memantau kesihatan mereka dengan teliti selama dua minggu dari tarikh kunjungan mereka.

"Mereka harus segera berjumpa doktor jika mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema), serta demam dan kehilangan deria rasa atau bau, dan memberitahu doktor mengenai sejarah pendedahan mereka kepada virus tersebut," kata MOH.

Orang ramai tidak perlu mengelakkan tempat-tempat yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19, tambah kementerian itu.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan memberi panduan kepada pihak pengurusan premis-premis yang terjejas mengenai kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Singapura melaporkan 15 kes baru COVID-19 dalam masyarakat pada Selasa, tujuh daripadanya tidak berkait kes terdahulu. Terdapat juga tiga kes diimport.

Sumber : CNA/SS/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita