Skip to main content

Iklan

Iklan

Sekatan pergerakan Auckland ditarik balik hujung Nov

Sekatan pergerakan di bandar Auckland, New Zealand, dijangka akan ditarik balik menjelang akhir bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekatan pergerakan Auckland ditarik balik hujung Nov

Bandar Auckland, New Zealand (Gambar hiasan: Dean Purcell/NZ Herald melalui AP)

Diterbitkan : 08 Nov 2021 04:57PM Dikemas Kini : 08 Nov 2021 04:58PM

WELLINGTON: Sekatan pergerakan di bandar Auckland, New Zealand, dijangka akan ditarik balik menjelang akhir bulan ini, lapor Reuters.

Ini memandangkan 80 peratus penduduk bandar terbesar New Zealand itu sudah lengkap divaksin.

Pihak berkuasa menjangkakan kadar vaksinasi 90 peratus dicapai dalam masa beberapa minggu lagi.

Mulai Selasa (9 Nov), kedai-kedai, pusat beli-belah dan kemudahan awam akan dibuka semula. Namun, para penduduk masih perlu memakai pelitup dan menjaga jarak selamat.

Selain itu, sehingga 25 orang boleh berkumpul di luar bangunan dengan had dua isi rumah digugurkan.

Had peserta bagi kelas-kelas senaman di luar pula dinaikkan kepada 25 orang.

Perdana Menteri Jacinda Ardern dijangka membuat pengumuman tentang pelonggaran sekatan sempadan minggu depan.

Auckland sudah melaksanakan sekatan pergerakan selama hampir tiga bulan.

Dalam penularan baru varian Delta, New Zealand mencatatkan lebih 4,500 kes dengan sebanyak 190 kes dilaporkan hari ini.

Sumber : Reuters/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan