Skip to main content

Saudi lapor kes pertama varian Omicron dari Afrika utara

Arab Saudi mengesahkan kes pertama COVID-19 varian Omicron dari sebuah negara Afrika utara, lapor agensi berita SPA pada Rabu (1 Dis). 

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi lapor kes pertama varian Omicron dari Afrika utara

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Dec 2021 07:11PM Dikemas Kini : 01 Dec 2021 07:13PM

KAHERAH: Arab Saudi mengesahkan kes pertama COVID-19 varian Omicron dari sebuah negara Afrika utara, lapor agensi berita SPA pada Rabu (1 Dis).

SPA, menukil kenyataan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi, bahawa pihak berkuasa sudah mengasingkan individu berkenaan serta mereka yang telah berhubungan rapat dengannya.

Kes itu adalah jangkitan varian Omicron yang pertama dilaporkan di Timur Tengah dan Afrika Utara. Kementerian itu menyatakan individu berkenaan adalah seorang warga Saudi yang membuat perjalanan dari sebuah negara Afrika Utara namun ia tidak memberikan maklumat lanjut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pada Isnin bahawa varian koronavirus Omicron, yang sudah melalui perubahan ketara, berkemungkinan merebak ke seantero dunia dan menimbulkan risiko lonjakan jangkitan amat tinggi yang boleh mendatangkan "akibat teruk" di sesetengah tempat.

Kementerian Saudi menggesa penduduknya agar mendapatkan vaksinasi lengkap dan mengarahkan pelawat supaya mematuhi peraturan menjalani pengasingan diri serta ujian COVID-19, lapor Reuters.

Omicron pertama kali dilaporkan pada 24 November di selatan Afrika di mana jumlah kes jangkitan meningkat dengan mendadak. Sedari itu, ia merebak ke lebih 12 negara yang mana kebanyakannya sudah menguatkuasakan sekatan perjalanan dalam usaha membendung negara masing-masing daripada vaeian tersebut.

Pada Isnin, Jepun menyatakan ia akan menutup sepenuhnya sempadannya, mengikuti jejak langkah Israel dan Maghribi. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita