Skip to main content

Saintis S'pura akan mula ujian vaksin COVID-19 ke atas manusia pada Ogos

Para saintis Singapura yang menguji vaksin COVID-19 dari firma AS, Arcturus Therapeutics merancang untuk memulakan ujian ke atas manusia pada Ogos menyusuli hasil positif ujian awal yang dijalankan terhadap tikus.

Anggaran Waktu Membaca:
Saintis S'pura akan mula ujian vaksin COVID-19 ke atas manusia pada Ogos

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 16 Jun 2020 06:37PM Dikemas Kini : 16 Jun 2020 06:41PM

SINGAPURA: Para saintis Singapura yang menguji vaksin COVID-19 dari firma AS, Arcturus Therapeutics merancang untuk memulakan ujian ke atas manusia pada Ogos menyusuli hasil positif ujian awal yang dijalankan terhadap tikus.

Lebih 100 vaksin sedang dihasilkan secara global, termasuk beberapa ujian ke atas manusia oleh AstraZeneca dan Pfizer untuk cuba mengawal penyakit yang telah menjangkiti lebih 8 juta orang dan mengorbankan 430,000 nyawa di seluruh dunia.

Vaksin yang sedang dinilai oleh Sekolah Perubatan Duke-NUS di Singapura itu berhasil apabila digunakan dengan teknologi Messenger RNA (mRNA), yang mengarahkan sel manusia untuk menghasilkan protin virus korona khusus untuk menghasilkan tindak balas imun.

"Hakikat bahawa ia menghasilkan replika dan mencetuskan respons imun yang sangat seimbang, kedua-duanya dari segi antibodi dan sel pembunuh - itulah ciri-ciri yang diharapkan," menurut timbalan pengarah bagi program penyakit berjangkit sekolah itu, Ooi Eng Eong.

Pendekatan mRNA belum lagi diluluskan bagi sebarang ubat maka itu penyokongnya termasuk firma bioteknologi AS Moderna, sedang meneroka bidang yang baru dan tidak diketahui.

Justeru itu, Dr Ooi berkata kajian lebih lama diperlukan untuk memastikan keselamatannya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita