Saintis China percaya ubat baru dapat rawat COVID-19 'tanpa vaksin'
Sebuah makmal di China giat menghasilkan ubat yang dipercayai mampu merawat COVID-19.
(Gambar: AFP)
BEIJING: Sebuah makmal di China giat menghasilkan ubat yang dipercayai mampu merawat COVID-19.
Penularan virus itu yang bermula di China hujung tahun lalu sebelum merebak ke merata dunia, mendorong banyak negara kini berlumba-lumba untuk mencari kaedah rawatan sesuai dan vaksin.
Ubat dari makmal itu yang kini sedang diuji saintis di Universiti Peking bukan saja mampu memendekkan masa pesakit yang dijangkiti untuk sembuh, malah turut menawarkan imuniti jangka pendek terhadap virus berkenaan, kata penyelidik.
Pengarah Pusat Inovasi Lanjutan Kajian Baka Beijing, Sunney Xie, memberitahu AFP ubat berkenaan sudah berjaya diuji pada haiwan.
"Apabila kami berikan suntikan kepada tikus yang dijangkiti virus, selepas lima hari virus itu berkurangan dengan faktor 2,500," katanya.
"Ini bermakna ubat tersebut ada kesan terapeutik."
Ubat itu berfungsi meneutralkan daya tahan tubuh yang dapat menghalang sel jangkitan virus dalam sistem imunisasi.
Pasukan Encik Xie mengasing sel tersebut daripada darah 60 pesakit COVID-19 yang sudah sembuh.
Kajian daripada pasukan penyelidik yang disiarkan Ahad lalu dalam jurnal Cell, mencadangkan bahawa penggunaan antibodi menyediakan potensi "penawar" untuk penyakit itu dan mempercepatkan tempoh pemulihan.
Encik Xie berkata, pasukannya bekerja 'siang dan malam' untuk mencari antibodi berkenaan.
Menurutnya, beliau berharap ubat tersebut dapat siap digunakan lewat tahun ini bagi menangani kemungkinan berlaku penularan virus itu semasa musim salji.
"Rancangan
bagi ujian klinikal sedang diatur," kata Encik Xie.
Tambah beliau, ia akan dijalankan di Australia dan beberapa negara lain memandangkan jumlah kes di China sudah merosot.
Sekitar 4.8 juta orang di merata negara dijangkiti COVID-19 dengan lebih 315,000 kematian dicatatkan.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.