Skip to main content

S'pura sumbang 100,000 kit ujian pantas COVID-19 kepada Johor

Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama pemerintah Singapura pada Khamis (5 Ogos) menyumbang sebanyak 100,000 kit ujian pantas antigen COVID-19 Panbio (RTK-AG) kepada negeri Johor.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura sumbang 100,000 kit ujian pantas COVID-19 kepada Johor

Yayasan Sultan Ibrahim Johor bekerjasama dengan S'pura untuk menyumbang 100,000 kit ujian pantas kepada Johor pada 5 Ogos. (Gambar: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/Facebook).

Diterbitkan : 06 Aug 2021 08:18AM Dikemas Kini : 06 Aug 2021 08:24AM

JOHOR BARU: Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama pemerintah Singapura pada Khamis (5 Ogos) menyumbang sebanyak 100,000 kit ujian pantas antigen COVID-19 Panbio (RTK-AG) kepada negeri Johor.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, sumbangan itu diserahkan oleh Konsul Jeneral Singapura di Johor Baru Jeevan Singh kepada Menteri Besar Johor Hasni Mohammad yang juga Pengerusi Kehormat YSIJ. 

Related article image

Sementara itu, Encik Jeevan Singh berkata pemerintah Singapura sentiasa terbuka untuk membantu Malaysia terutamanya negeri Johor dalam menangani pandemik COVID-19. 

Pada Jun, Jabatan Kesihatan Negeri Johor menerima 20,000 kit ujian pantas antigen COVID-19 Panbio (RTK-AG) hasil sumbangan Yayasan Temasek daripada Singapura. 

Kit ujian itu dapat mengesan virus COVID-19 dalam masa 15 hingga 20 minit berbanding ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) yang memakan masa 48 hingga 72 jam. 

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita