S'pura sahkan 2 kes COVID-19 dikaitkan dengan kelompok baru Science Park; 3 lagi pulih
Dua kes baru virus COVID-19 dilaporkan di Singapura pada Jumaat (28 Feb), kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam perkembangan terkini. Kedua-dua kes itu ada kaitan dengan satu kelompok baru yang dikenalpasti di Wizlearn Technologies, terletak di 10 Science Park Road.
10 Science Park Road.
SINGAPURA: Dua kes baru virus COVID-19 dilaporkan di Singapura pada Jumaat (28 Feb), kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam perkembangan terkini. Kedua-dua kes itu ada kaitan dengan satu kelompok baru yang dikenalpasti di Wizlearn Technologies, terletak di 10 Science Park Road.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan, 98 kes COVID-19 di Singapura. MOH menambah bahawa tiga lagi pesakit sudah dibenarkan pulang setelah pulih daripada penyakit itu.
Secara keseluruhan, 69 kes sudah pulih sepenuhnya daripada virus itu. 29 pesakit virus COVID-19 masih dirawat di hospital, dan tujuh pesakit dalam ICU.
Kelompok Wizlearn Technologies adalah termasuk dua kes baru itu serta kes 93 dan 95.
Kes 97 ialah seorang penduduk tetap Singapura berusia 44 tahun yang tidak melakukan sebarang perjalanan ke China atau kawasan penularan di Korea Selatan iaitu Daegu dan Cheongdo baru-baru ini.
Beliau kini sedang dirawat di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).
Beliau tinggal di Choa Chu Kang North 5.
Kes 98 ialah seorang penduduk tetap lelaki Singapura berusia 24 tahun yang tidak melakukan perjalanan ke China, Deagu atau Cheongdo baru-baru ini. Beliau disahkan menghidap COVID-19 pada pagi 28 Feb dan sedang dirawat di bilik pengasingan di NCID. Beliau dikaitkan dengan Kes 93, 95 dan 97.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.