Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura perlu hadapi COVID-19 untuk tempoh lama, jangkakan 'gelombang berulang': Ketua NCID

Langkah mengekalkan fasa pemutus rantaian jangkitan bagi mengekang penularan COVID-19 di Singapura tidak berdaya tahan, dan negara ini perlu berdepan dengan virus korona untuk tempoh masa yang lama sehingga satu vaksin dihasilkan.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura perlu hadapi COVID-19 untuk tempoh lama, jangkakan 'gelombang berulang': Ketua NCID

(Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 15 May 2020 10:03AM Dikemas Kini : 15 May 2020 10:08AM

SINGAPURA: Langkah mengekalkan fasa pemutus rantaian jangkitan bagi mengekang penularan COVID-19 di Singapura tidak berdaya tahan, dan negara ini perlu berdepan dengan virus korona untuk tempoh masa yang lama sehingga satu vaksin dihasilkan, menurut pengarah Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), Lee Yee Sin.

Namun sehingga itu, negara ini perlu memperlahankan kesan virus tersebut dengan menyediakan perancangan yang lengkap, menurut pakar penyakit berjangkit itu.

"Kami berharap bahawa kami dapat mengekang jangkitan (virus itu), tetapi saya tidak fikir kita dapat menghapuskannya sepenuhnya," menurut Profesor Leo pada Khamis malam (14 Mei) semasa edisi keenam COVID-19: Perkembangan terkini daripada siri webinar Singapura.

Seminar secara maya atau 'webinar' itu dianjurkan bersama oleh Rangkaian Amaran dan Respons Penularan Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura dan Sistem Kesihatan Universiti Nasional.

Prof Leo berkata bahawa satu sistem jagaan kesihatan pakar dapat membantu mengurangkan kadar kematian dan jangkitan.

Berkongsi maklumat daripada WHO, Prof Leo berkata bahawa usaha menghalang jangkitan manusia-ke-manusia secara tuntas "tidak mungkin dapat dicapai pada masa ini", disebabkan ciri-ciri virus itu.

"Besar kemungkinan kita akan mengalami gelombang epidemik yang berulang diselangi tempoh kadar jangkitan rendah," katanya. "Ini bermakna bahawa kita perlu memiliki keupayaan dan kebolehan untuk menangani kes jangkitan yang sekali-sekala meningkat."

Ini bermakna kemudahan jagaan kesihatan yang mencukupi diperlukan untuk menangani kes-kes baru bila ia berlaku.

Selain itu, peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan pekerja jagaan kesihatan terlatih yang mencukupi diperlukan supaya dapat memberi para pesakit penjagaan yang optimal, kata Prof Leo.

Malah, beliau berkata bahawa pengesanan kes secara aktif dan pengesanan hubungan mesti diteruskan, dan Singapura juga memerlukan "pasukan respons yang pantas" untuk menangani sebarang gelombang epidemik yang mungkin berlaku di masa depan.

"Kita semua sedang menunggu berita baik bagi intervensi farmaseutikal yang berkesan... dan semestinya, kita semua sedang menunggu vaksin yang berkesan satu hari nanti," kata Prof Leo.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan