Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura pamer daya tahan, satu padu harungi masa mencabar, kata Presiden Halimah

Rakyat Singapura mempamerkan sikap berdaya tahan, bingkas dan bersatu padu dalam masa-masa mencabar.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Aug 2021 07:33PM Dikemas Kini : 25 Aug 2021 09:07PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura mempamerkan sikap berdaya tahan, bingkas dan bersatu padu dalam masa-masa mencabar.

Presiden Halimah Yacob berkata demikian semasa bercakap kepada para peserta Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) dalam satu acara maya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menjayakan perbarisan yang selamat dan bermakna Sabtu lalu (21 Ogos).

Puan Halimah akur bahawa tugas menganjurkan perbarisan itu bukanlah mudah.

Ia memerlukan kerjasama lebih 8,000 penganjur, peserta, penaja dan kakitangan belakang tabir.

Beliau menambah NDP terus mempamerkan bakat-bakat tempatan dari semua lapisan masyarakat.

Dalam pada itu, Puan Halimah juga memuji para pelukis kurang upaya yang mereka bentuk barangan dalam beg cenderamata NDP.

Ada dalam kalangan pemain taiko semasa persembahan lagu "Semoga Bahagia" yang datang dari agensi khidmat sosial MINDS.

Rumus beliau, Hari Kebangsaan umpama sebuah wadah untuk menilai makna sebenar menjadi seorang warga Singapura. 

Sumber : CNA/AY/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan