Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura mungkin masuk Fasa 3 sebelum hujung tahun jika "semua berjalan lancar": Lawrence Wong

Singapura mungkin boleh memasuki Fasa 3 sebelum hujung tahun ini "jika semuanya berjalan dengan lancar", menurut Menteri Pendidikan Lawrence Wong pada Selasa (10 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura mungkin masuk Fasa 3 sebelum hujung tahun jika "semua berjalan lancar": Lawrence Wong

(Gambar: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 10 Nov 2020 10:32PM Dikemas Kini : 10 Nov 2020 10:37PM

SINGAPURA: Singapura mungkin boleh memasuki Fasa 3 sebelum hujung tahun ini "jika semuanya berjalan dengan lancar", menurut Menteri Pendidikan Lawrence Wong pada Selasa (10 Nov).

Menjawab soalan di sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian mengenai bila Singapura mungkin memasuki Fasa 3, Encik Wong berkata ia bergantung kepada setiap orang memainkan peranan masing-masing.

Lebih khusus lagi kata Encik Wong ialah penyertaan lebih tinggi penduduk dalam program TraceTogether, serta kerjasama berterusan dan pematuhan terhadap semua langkah jarak selamat yang dikuat kuasakan.

"Oleh itu jika semuanya berjalan lancar, kita mungkin boleh memasuki Fasa 3 sebelum hujung tahun ini," kata Encik Wong.

"Masih ada lagi masa sebelum akhir tahun. Saya tidak tahu sama ada semuanya akan berjalan dengan lancar, tetapi kami akan terus memantau dan memberikan maklumat terkini jika ada."

Sedang Singapura secara beransur-ansur beralih ke Fasa 3, jumlah kes jangkitan kes COVID-19 dalam masyarakat juga dijangka meningkat, kata Encik Wong.

Dengan lebih banyak aktiviti disambung semula, kes dalam masyarakat mungkin meningkat "dalam kalangan remaja, mungkin juga golongan berusia 20-an, atau 30-an tahun," tambah Encik Wong.

"Kita harus membuat persediaan mental bagi kemungkinan ini dan bersedia memastikan bahawa meskipun jumlah kes tempatan dalam masyarakat meningkat, ia tidak menjadi kelompok besar yang tidak terkawal. Untuk memastikan demikian, adalah penting untuk mempertingkatkan keupayaan ujian kami, di mana kami sedang lakukan sekarang dan kami akan memastikan ujian lebih mudah diakses oleh semua orang," tambahnya.

Meskipun tidak mungkin bagi satu kes dalam masyarakat menyebabkan kelompok COVID-19 yang besar, akan terdapat "lebih banyak lagi" aktiviti dalam masyarakat apabila Singapura memasuki Fasa 3.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan