S'pura mesti terus lindungi dirinya daripada ancaman keselamatan seperti jenayah siber
Singapura mesti terus melindungi dirinya daripada ancaman keselamatan seperti jenayah siber yang terus meningkat, walaupun di tengah-tengah pandemik COVID-19.
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.
SINGAPURA: Singapura mesti terus melindungi dirinya daripada ancaman keselamatan seperti jenayah siber yang terus meningkat, walaupun di tengah-tengah pandemik COVID-19.
Demikian kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat hari ini (13 Jun) yang menekankan bahawa Singapura tidak boleh berkompromi tentang soal keselamatan.
Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis pentauliahan bagi 374 pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menerusi rakaman video.
Dalam ucapannya itu, Encik Heng menekankan bahawa virus digital mungkin lebih berbahaya daripada virus secara fizikal. Memandangkan Singapura adalah sebuah masyarakat digital, negara mesti terus waspada daripada ancaman ini.
Beliau juga menarik perhatian bahawa negara akan memperuntukkan S$1 bilion dalam tempoh tiga tahun untuk menangani ancaman sebegitu dengan membina keselamatan data dan siber.
Encik Heng juga memuji para pegawai SAF kerana sentiasa berwaspada di semua bahagian, meskipun ia sedang membantu melawan COVID-19
"Keupayaan anda untuk mengerah, mengubah suai dan mengekalkan usaha dalam pertempuran ini memberi jaminan besar kepada rakyat. Kedua-duanya - dalam keupayaan kita mengawal virus dan menghalang ancaman-ancaman luaran.
"Untuk mempertahankan tempat tinggal kita dan melindungi sempadan kita, ia tidak boleh dihentikan," kata beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.