S'pura lapor kematian ke-29 akibat COVID-19 - lelaki tempatan, 68 tahun yang pulang dari Indonesia
Singapura mencatat kematian ke-29 akibat COVID-19 melibatkan seorang lelaki tempatan yang meninggal dunia pada Jumaat (27 Nov) disebabkan komplikasi daripada virus korona.

Gambar fail NUH.
SINGAPURA: Singapura mencatat kematian ke-29 akibat COVID-19 melibatkan seorang lelaki tempatan yang meninggal dunia pada Jumaat (27 Nov) disebabkan komplikasi daripada virus korona.
Beliau telah melakukan perjalanan ke Indonesia pada 10 Mac bagi tujuan kerja dan pulang ke Singapura pada 17 Nov selepas mengalami kesukaran bernafas sejak 11 Nov, menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan media pada Sabtu (28 Nov).
Lelaki itu dimasukkan ke hospital setibanya di Singapura dan disahkan positif COVID-19 pada 18 Nov.
Beliau mempunyai sejarah tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
Punca kematiannya ditetapkan oleh ahli patologi sebagai penyakit jantung iskemik iaitu kekurangan oksigen dengan COVID-19.
Hospital Universiti Nasional sudah menghubungi keluarga beliau dan menghulurkan bantuan kepada mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.