S'pura lapor 98 kes baru COVID-19 dalam masyarakat, termasuk 31 tanpa hubung kait
Singapura melaporkan 98 kes baru COVID-19 dalam masyarakat setakat 12.00 tengah hari pada Selasa (3 Ogos), termasuk 31 tanpa hubung kait.

Seorang lelaki membeli barang makan untuk dibawa pulang pada 22 Jul. (Gambar: Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Singapura melaporkan 98 kes baru COVID-19 dalam masyarakat setakat 12.00 tengah hari pada Selasa (3 Ogos), termasuk 31 tanpa hubung kait.
Kali terakhir jumlah kes baru dalam masyarakat mencecah bawah paras 100 kes adalah pada 18 Julai ketika 88 kes dalam masyarakat dilaporkan ketika itu.
Sebanyak 46 kes dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini dan sudahpun dikenakan kuarantin, dedah Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya. Lagi 21 kes berhubung kait dikesan melalui ujian pemantauan.
Dalam kalangan kes baru itu, tujuh adalah individu yang berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin atau menerima satu suntikan vaksin dan berisiko sakit teruk, tambah MOH.
Empat kes import turut dilaporkan, dan mereka dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini. Tiga kes dikesan sejurus tiba di Singapura manakala satu jatuh sakit sewaktu menjalani SHN atau tempoh pengasingan.
Secara keseluruhannya, Singapura melaporkan 102 kes baru COVID-19 pada Selasa.
MOH akan mengeluarkan perincian lanjut pada malam nanti tentang situasi COVID-19 di Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.