S'pura lapor 93 kes baru COVID-19, termasuk 2 kes dalam masyarakat
Singapura melaporkan 93 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Rabu (19 Ogos), termasuk dua jangkitan dalam masyarakat dan enam kes import, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).
(Gambar: Try Sutrisno Foo)
SINGAPURA: Singapura melaporkan 93 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Rabu (19 Ogos), termasuk dua jangkitan dalam masyarakat dan enam kes import, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).
Ini sekali gus membawa jumlah keseluruhan di negara ini kepada 56,031.
Kedua-dua kes dalam masyarakat adalah pemegang pas kerja manakala kesemua enam kes import dikenakan notis Jangan Keluar Rumah sebaik sahaja tiba di Singapura, menurut MOH dalam kemas kini hariannya.
Baki kes baru adalah pemegang permit kerja yang kini dikuarantin.
MOM menyatakan butiran lanjut mengenai kes-kes baru itu akan diumumkan pada lewat malam ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.