Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura lapor 908 kes baru, jangkitan tertinggi dalam 3 bulan; makin banyak dormitori bebas COVID-19

Singapura melaporkan 908 kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari pada Rabu (5 Ogos), perangkaan harian tertinggi yang dicatatkan sejak Mei.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 908 kes baru, jangkitan tertinggi dalam 3 bulan; makin banyak dormitori bebas COVID-19

(Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 05 Aug 2020 11:47PM Dikemas Kini : 05 Aug 2020 11:51PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 908 kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari pada Rabu (5 Ogos), perangkaan harian tertinggi yang dicatatkan sejak Mei.

Daripada kes-kes baru itu, satu daripadanya adalah jangkitan dalam masyarakat dan empat adalah kes import, menurut Kementerian Kesihatan (MOH). Ini menjadikan jumlah terkumpul di Singapura sebanyak 54,254 kes.

Sebanyak 903 kes baru yang dilaporkan pada Rabu adalah pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori perkerja asing. MOH mengaitkan bilangan kes yang tinggi itu dengan usaha berterusan untuk memastikan dormitori bebas daripada COVID-19.

"Sebilangan besar adalah penghuni dormitori yang diuji semasa tempoh pengasingan/kuarantin mereka walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang gejala," menurut MOH.

"Mereka adalah dalam kalangan kumpulan terakhir pekerja yang sedang dibebaskan daripada jangkitan dan mereka adalah dari dormitori-dormitori dengan penularan COVID-19 yang agak tinggi.

"Maka itu, kami menjangkakan bilangan kes harian yang tinggi dalam masa beberapa hari akan datang sebelum ia merosot dengan pasukan bertindak berbilang agensi berusaha untuk memastikan dormitori-dormitori bebas jangkitan COVID-19."

Kementerian itu menambah bahawa ia "menepati sasaran" untuk memastikan dormitori-dormitori bebas jangkitan COVID-19 menjelang Jumaat, "kecuali beberapa blok di dormitori-dormitori yang digunakan sebagai kemudahan kuarantin."

Buat masa ini, terdapat seramai 9,700 pekerja di kemudahan kuarantin itu.

TIGA KANAK-KANAK ANTARA KES IMPORT

Tiga kanak-kanak adalah antara empat kes import yang dilaporkan pada Rabu. Keempat-empat kanak-kanak itu pulang dari India pada 22 Jul dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik sahaja mereka tiba di Singapura.

Tiga kanak-kanak itu - yang berusia satu, empat dan enam tahun - adalah pemegang pas tanggungan.

Baki kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek di mana permohonannya untuk memasuki Singapura diluluskan kerana beliau adalah seorang warga tua dan ahli keluarganya adalah penduduk Singapura, menurut MOH.

Mereka semua diuji semasa menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).

SATU KES DALAM MASYARAKAT

Dalam kemas kini awal pada tengah hari Rabu, MOH menyatakan bahawa terdapat empat jangkitan dalam masyarakat.

Ia kemudian diubah kepada satu kes dalam masyarakat berdasarkan kemas kini MOH pada Rabu malam kerana tiga kes diklasifikasikan semula selepas pengesanan kontak dijalankan.

Satu-satunya jangkitan dalam masyarakat adalah seorang pemegang permit kerja yang tiada kaitan dengan kes lain.

Beliau dikenal pasti semasa satu pemeriksaan dijalankan ke atas para pekerja khidmat penting yang tinggal di luar dormitori, meskipun beliau tidak menunjukkan gejala, menurut MOH.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan