Skip to main content

S'pura lapor 9 kes baru COVID-19, termasuk 5 kes import

Singapura melaporkan sembilan kes baru COVID-19 setakat tengah hari Khamis (8 Okt), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 9 kes baru COVID-19, termasuk 5 kes import

(Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 08 Oct 2020 04:06PM Dikemas Kini : 08 Oct 2020 04:14PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan sembilan kes baru COVID-19 setakat tengah hari Khamis (8 Okt), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Empat daripada kes baru itu tinggal di dormitori.

Baki lima kes adalah kes import dan dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik sahaja tiba di Singapura.

Tiada kes baru dalam masyarakat dilaporkan hari ini, tambah kementerian kesihatan.

Ini menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di Singapura sebanyak 57,849.

Lebih banyak butiran mengenai kes hari ini akan dikeluarkan pada malam ini, tambah kementerian itu 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita