Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura lapor 747 kes baru COVID-19, lagi 11 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 747 kes baru COVID-19 di Singapura dan lagi 11 kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari Ahad (28 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 747 kes baru COVID-19, lagi 11 kematian

Gambar: Try Sutrisno Foo

Diterbitkan : 28 Nov 2021 11:30PM Dikemas Kini : 28 Nov 2021 11:32PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 747 kes baru COVID-19 di Singapura dan lagi 11 kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari Ahad (28 Nov).

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 28 Nov: 747

Kes baru dalam masyarakat: 719
Kes import: 3
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 25

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 262,383

KEMATIAN

Kes kematian pada 28 Nov: 11
Usia: 67-98 tahun
Jumlah kematian sejauh ini: 701

Kesemua pesakit yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada. MOH bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.69, naik sedikit dari 0.75 pada Sabtu (27 Nov).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya dan sejak 16 hari berturut-turut berada di bawah satu.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,147 pesakit masih dirawat di hospital.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 210
Tidak stabil dan dipantau rapi di ICU: 27
Sakit tenat dan perlu intubasi di ICU: 55
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 57.4 peratus

Seramai 2,061 pesakit dibenarkan pulang dengan 324 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Lengkap divaksin 2 dos: 85 peratus
Baru menerima satu dos: 86 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 25 peratus

KELOMPOK AKTIF YANG DIPANTAU

MOH sedang memantau rapi dua kelompok besar seperti dalam senarai di bawah ini.

(Sumber: MOH)

Pembendungannya dilakukan melalui pengesanan kontak, ujian dan pengasingan.

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan