Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura lapor 69 kes tempatan baru; 20 tanpa hubung kait

Singapura melaporkan 69 kes tempatan baru COVID-19 pada Isnin (9 Ogos) termasuk 20 yang tidak berhubung kait dengan kes-kes lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 69 kes tempatan baru; 20 tanpa hubung kait

Orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam pada 3 Jun 2021 di tengah-tengah penularan COVID-19 di Singapura. (Gambar fail: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 09 Aug 2021 05:31PM Dikemas Kini : 09 Aug 2021 05:32PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 69 kes tempatan baru COVID-19 pada Isnin (9 Ogos) termasuk 20 yang tidak berhubung kait dengan kes-kes lalu.

39 kes berkait dengan kes-kes sebelumnya sudahpun dikuarantin dan baki 10 kes dikesan melalui ujian pemantauan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Dalam kalangan kes baru COVID-19 itu, dua adalah warga tua berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin atau sudahpun menerima suntikan pertama vaksin dan berisiko menghadapi penyakit serius, menurut kementerian tersebut.

Selain itu, tiga kes import dilaporkan dan kesemuanya sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura. Satu kes dikesan sewaktu tiba di negara ini manakala dua kes mengalami penyakit itu ketika menjalani SHN atau pengasingan.

Secara keseluruhannya, Singapura melaporkan 72 kes baru COVID-19 pada Isnin.

Setakat Isnin, jumlah terkumpul kes COVID-19 di Singapura adalah 65,836 dengan 42 korban jiwa akibat jangkitan koronavirus itu. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan