S'pura lapor 6 kes baru COVID-19, jumlah kes harian terendah sejak 10 Mac
Singapura melaporkan enam kes baru COVID-19 setakat tengah hari Sabtu (3 Okt), iaitu jumlah kes harian terendah sejak 10 Mac.
(Gambar: Try Sutrisno Foo)
SINGAPURA: Singapura melaporkan enam kes baru COVID-19 setakat tengah hari Sabtu (3 Okt), iaitu jumlah kes harian terendah sejak 10 Mac.
Ini menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di Singapura kini sebanyak 57,800.
Seorang rakyat Singapura merupakan satu-satunya kes dalam masyarakat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).
Empat kes import juga dilaporkan hari ini dan mereka sudah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik sahaja tiba di Singapura.
Lebih banyak butiran mengenai kes hari ini akan dikeluarkan pada malam ini, tambah kementerian itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.